Friendly Comparative Religion (FCR)2010 - Fasa 1 anjuran Islamic Information and Services (IIS) Foundation
*terdapat beberapa tarikh untuk dipilih :
16 &17/1/2010 - Bahasa Melayu
20 &21/2/2010 - English
20 &21/3/2010 - Bahasa Melayu
17 &18/4/2010 - English
15 &16/5/2010 - Bahasa Melayu
19 &20/6/2010 - English
* hubungi Najwa M208 (013-3009187)(najwa_yezza88@yahoo.com.my) untuk pendaftaran sesi BM pada 20&21 Mac 2010. Yuran RM100.
FCR ni ada 3 fasa. fasa 1 ada banyak sesi,selang seli BM & BI. fasa 2 ada 2 sesi,satu BM dan satu BI. fasa 3 hanya 1 sesi.
apa faedah FCR ni?
satu, bila orang tanya "Islam tu apa?", kita tahu cemane nak bagi jawapan yg jauh lebih baik & berguna daripada "Islam tu solat 5 kali sehari, kena puasa sebulan, tak boleh minum, tak boleh makan bak kut teh, pompuan kena tutup kepala, laki boleh kawin 4,bla..bla..bla.." (jawapan yg penuh dengan do's & don'ts,menampakkan macam Islam ni menyusahkan..)
dua, kita akan rasa sangat beruntung punya iman dan Islam.
tiga, kita takkan dengan yakinnya mengatakan yang setiap orang bukan islam tu kafir.
empat, kita akan rasa best dengar speaker2 yg mantap ni bagi talk, antaranya Shah Kirit.
lima, kita akan rasa sangat berbaloi bayar RM100.
enam,kita akan rasai 2 hari hujung minggu yang betul2 bermanfaat dan 'ada isi', berbanding weekends lain yang biasanya penuh dengan aktiviti yang...err,lagha.
tujuh,jom rasai sendiri dan panjangkan lagi senarai ni =) tak larat nak taip banyak2..
tapi apa FCR tu sebenarnya?ni penerangan sikit,dari apa yg saya jumpa..
"We live in Malaysia, a multi-racial country with its people believing in various faiths. We know Islam is a universal religion and that God Almighty has chosen us to be His vicegerent in this world. Therefore it is our duty to convey the message of Islam to all - the Muslims and non-Muslims alike. Unfortunately very little effort has been aimed at our non-Muslim friends. Praise be to God, there has been quite a positive interest shown by some Muslims to share Islam with all.
The objective of this course is to do “friendly and effective dissemination of information through “Comparative Studies”. In the modules we provide, students are taught to handle misconceptions on Islam besides learning the concept of God in Christianity, Hinduism, etc. Upon completion of this course, you should have a sound basic knowledge on major beliefs in Malaysia."
Bak kata chinchilla dalam postnya sebelum ni :
Marilah kita sama-sama menghadiri majlis-majlis ilmu yang pastinya akan mendatangkan begitu banyak manfaat dalam hidup kita, insyaAllah~
Akhir kata, mari kita renungkan kata-kata Allah S.W.T.
"Wahai orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang yang beriman dalam kalanganmu dan orang yang berilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
Surah al-Mujadilah (58), ayat 11
The Burden of Responsibility
6 years ago
1 comments:
sesiapa yang tak nak pergi, rugilah...
Post a Comment