Dengan namaMu ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang~
Saudara-saudaraku sekalian, sekali lagi kita telah bertemu dengan hari penuh bersejarah, Maulidurrasul Muhammad s.a.w. Insan yang seharusnya berada di tempat pertama dalam hati kita, bukan sweetheart, hubby, sayang atau darling tanpa ikatan yang sah.
Insan bergelar Rasulullah s.a.w. inilah yang telah memberi peluang untuk kita beroleh ni’mat terbesar hidup ya’ni, ni’mat Iman dan Islam. Dialah kekasih sebenar setiap umat Islam, pembawa rahmat ke seluruh alam. Kata-kata Baginda merupakan janji yang terbukti kebenaranNya. Bukan sekadar perhatian sementara, omongan kosong mahupun janji-janji manis antara pasangan kekasih yang tiada jaminan.
Bayangkan wahai saudara-saudaraku sekalian, jikalau Allah tidak mengirimkan baginda buat kita, adakah kita sekarang bergelar seorang muslim? Adakah kita berpeluang mengenal Allah ‘azza wa jalla, Pencipta seluruh alam? Tahukah kita bagaimana cara sebenar mengabdikan diri kepadaNya?
Jasa Rasulullah s.a.w. tak mungkin kita mampu balas. Baginda masih mampu meninggalkan pesanan-pesanan berguna buat kita ummat Baginda tatkala kakinya sudah kedinginan, tubuhnya sudah membeku dan bibirnya sudah membiru di akhir hayat baginda. Betapa baginda selalu memikirkan kita sebagai ummatnya, namun kita sebagai ummatnya, jarang-jarang sekali memikirkan baginda.
Justeru itu wahai saudara seIslamku, marilah kita mempelajari sirah hidup Baginda, mengikuti sunnah-sunnah sebenar baginda dan sama-sama memperbanyakkan selawat buat Baginda.
Dari Abu Darda’ r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Barangsiapa membaca selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang, maka dia akan memperoleh syafaatku pada Hari Qiamat.”
(Hadith Riwayat Thabrani)
Semoga dengan basahnya lidah kita dan suburnya hati kita dengan mengingati Baginda, Allah kurniakan keberkatan hidup di dunia dan syafaat di akhirat yang kekal abadi.
Marilah sama-sama kita menghayati lirik nasyid nyanyian Raihan...
(maaf, saya tak berjaya upload lagunya di sini..klik di sini untuk mendengar lagu tersebut)
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada ummat
Ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai ummatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Akhir kata, ingatlah pesanan baginda:
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.”
(Riwayat Abu Daud)
Ya Rasulullah, ya Habiballah, sungguh, kami rindu padamu T_T
0 comments:
Post a Comment