Bismillahirrahmanirrahim~
Mulanya nak berbahasa inggeris...tapi setelah menulis satu ayat, saya rasa nak beralih ke bahasa ibunda dan sedikit bahasa campur ie bahasa rojak...oleh itu, kepada kawan2 yang faham, kalau ada international students yang nak baca, tolong translate ye.
Alhamdulillah, setakat ini, seingat saya, tiga program yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan ketiga-tiga aktiviti Msoc ini. Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian. Moga segala usaha yang telah dicurahkan dapat menjadi penambah timbangan amal soleh di akhirat kelak.
MSoc Induction Night for juniors
Walaupun pengambilan junior baru tidak seramai yang sebelum-sebelum ini, alhamdulillah, para senior tak jemu2 menghadirkan diri untuk mengalu-alukan kedatangan 'adik2' di IMU. Special thanks to all who came especially kepada 'kakak2' sem5 yang tiba awal meskipun kalian sudah di semester akhir.
Aturcara majlis sangat simple dan seperti biasa. Nothing special. Namun itu yang membuatkan saya kagum dengan bilangan hadirin yang saya kira memuaskan. Masing-masing mampu menceriakan suasana dan saling membantu. 'Adik2' tidak kurang sportingnya tatkala diminta menampilkan diri dan memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan walaupun hakikatnya soalan sangat biasa2. Teringat saya akan firman Allah dalam surah al-Anfal, ayat 63:
"Dan Dia Allah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
Nah, mungkin ini jawapannya. Allah yang telah mempersatukan hati-hati kita, justeru masing2 masih sudi memberikan sokongan kepada program2 MSoc. Alhamdulillah, terima kasih ye 'adik2', 'kakak2', 'abang2' dan kawan2 kerana memberi kerjasama. Semoga MSoc dapat meningkatkan kualiti induction night pada masa akan datang.
Muslimah Night
Subhanallah, bertemakan 'floral spring', the night was indeed colourful! Walau secara luarannya, yang dapat dijangkakan hanyalah keseronokan berhibur, namun banyak nasihat2 yang disampaikan secara tidak langsung. Saya amat yakin bahawa latihan2 yang dijalankan mengambil masa dan tenaga para sahabiah namun masing2 tetap gigih supaya dapat menampilkan persembahan terbaik. Persediaan rapi hanya dalam jangka masa kurang dari dua minggu oleh pihak penganjur juga sangat2 saya kagumi. Tak lupa kepada pengacara2 majlis yang begitu cemerlang dalam mengendalikan aturcara pada malam penuh warna-warni itu. Tahniah dan setinggi2 syukur saya lafazkan padaNya.
Setiap persembahan dianugerahkan title 'comel' tersendiri bersama hadiah iringan berupa hamper makanan dan minuman. Sistem penghakiman adalah berdasarkan undian penonton yang rata-rata sangat sporting pada malam itu. Setakat ini sahaja untuk muslimah night, maaf ye kawan2, tak banyak perkara yang dapat saya kongsikan di sini kerana program tersebut dikhususkan buat pihak muslimat. The night supposed to remain secret among us, girls =). So, muslimin of IMU, apa lagi, time for you all to conduct an event exclusively only for XY! ;P
Amazing Craze
Sejujurnya, saya sangat2 terkejut apabila dimaklumkan tentang penganjuran aktviti ini secara besar2an. Tak sangka saya yang PDnya begitu bersemangat. Tahniah kepada semua yang terlibat. Kalian memang gempak! Sangat cemburu melihat gambar2 kalian di seluruh Kuala Lumpur. I bet you all really enjoyed the whole day!
Secara ringkas, menurut sedikit pengetahuan saya, program ini merupakan joint venture SRC dan MSoc bersempena IMU Earth Week 2010. Dengan menawarkan hadiah2 menarik, ramai yang mendaftarkan diri hingga ada reserve team yang tak dapat menyertai pertandingan memandangkan hanya 20 team (2 per team) sahaja diperlukan. Program hebat bertemakan tagline 'Vote Earth' ini menerima tajaan Ajinomoto, Carrefour dan Sunquick. Baju rekaan tuan designer ditempah dalam dua warna; jingga untuk station masters, pengacara dan committee members serta hijau untuk peserta.
Setelah menyelesaikan pelbagai tugasan, tempat pertama akhirnya dimenangi oleh dua orang 'gentleman' dari batch M208, tempat kedua memihak kepada dua orang gadis ceria dari batch M209 dan tempat ketiga menjadi milik dua orang sahabat baik dari batch M109. Congratulations people! Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi next time ye!;P
Last but not least, thumbs up to all who have contributed in making all those events a success!!!may Allah bless our effort. Semoga kawan2 dapat terus menyokong aktiviti2 MSoc pada masa hadapan.
The nearest would be:
Jom kita revise semula apa tujuan hidup kita berlandaskan AQ dan sunnah. At the same time, kita juga dapat sedikit sebanyak belajar tentang agama lain =)
Jumpa di sana! Be there early so that you'll get good seats~
2 comments:
betul2..
jeles tgk amazing craze hebat sgt..
masih menggaru-garu kepala, camna la PD boleh cari sponsor hebat2..hehe
tahniah pada semua!tak kira apa pun aktivitinya..
moga masa yg diluang utk beraktiviti dikira sbg amal soleh! (^_^)
hehe, PD usaha keras kot faks surat2 kat SSD!
Post a Comment