Assalamu’alaikum semua. Iman, taqwa, apa khabar? Harap-harapnya sihat segar belaka =)
Di sini ada 2 artikel tentang hukum khinzir yang ingin saya kongsi dengan kalian. Diingatkan, artikel ini bukan untuk menjadi bahan debat, diulangi…bukan untuk debat!(baca : bergaduh. Kalau nak bincang secara berhikmah apa salahnya..) Bukan juga untuk menyesatkan, memesong akidah lagi ler bukan…
Cuma..untuk kita semua sedar, Islam ni jauh lebih luas dari apa yang kita sangka. Orang Islam, bukan hanya melayu Malaysia je. Banyak lagi kat serata ceruk Bumi…Kita semua, dengan izin Allah, bakal melangkah lebih jauh, bukan? Akan berdepan dengan pelbagai masyarakat, budaya, manusia. Katakanlah bila dah melangkah jauh tu, kita terjumpa saudara seagama, tapi..”amalannya nape pelik sangat? Yang perempuan solat nampak kaki, dukung anak pulak tu. Kat rumah bela anjing. Haisy..ajaran sesat ke diorang ni..”
Moga-moga, bila terjumpa saudara-saudara se-Islam yang lain benar amalannya, kita ingat dan sedar bahawa
kita semua masih berpegang pada tunjang akidah yang sama; Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah. Walau perbezaan sejauh langit dan bumi, itu bukan alasan untuk saling curiga, apa lagi bermusuh dan bergaduh. Yang untung nanti, ‘mereka’ jugak…’mereka’ yang tak habis-habis nak buat kita bergaduh tu..
Ingat..daging babi tu najis. Tapi babi bukan haiwan hina! Anjing, mungkin najis. Tapi anjing bukan haiwan hina! Sekurang-kurangnya, zikrullah mereka lebih hebat daripada saya, juga kebanyakan kita..
Okey, selamat membaca!
................................................................................
Doktrin babi yang menyusahkan umat islam
Maszlee Malik, UIAM.
Umat islam melalui para mujtahidinnya telah berijmak bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan seperti yang telah dikatakan oleh Ibn Mundhir dalam bukunya "Kitab al-Ijma’" (Lihat : al-Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-Quran, (surah al-An'am : ayat 145) . Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan. Para ulama juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari babi seperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram untuk dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging babi adalah halal dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat yang syadh (ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat islam.
Para ulama islam juga bersepakat tentang kenajisan daging babi dan juga segala yang bersumberkan babi. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun mutawasitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit babi, rambutnya dan juga tulangnya dan mana – mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur).
Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam najis mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah (al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s. 138).Pendapat inilah yang menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-Majmu', Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).
Mengenai isu penggunaannya pula, jumhur ulama melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun mutawasitah) . Bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh (ibid).
Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan babi dengan kenajisan anjing dengan kaedah "qiyas awla"nya (al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami' al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s. 161), maka babi yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.
Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan babi adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata - mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging babi (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging babi yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan babi sebagai najis mughallazah ?
Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?
Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara menyucikan najis babi adalah tidak kuat dan tidak konsisten. Terdapat juga di kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan babi adalah cukup sekadar basuhan sahaja seperti najis - najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al- Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit, jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah sama seperti pendapat majoriti umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.
Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir ke negara di mana umat islam adalah minoriti doktrin ini amat membebankan umat islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan semakin menjauhkan bukan islam dari islam, malah di kalangan umat islam sendiri pun akan jauh dari islam kerana doktrin ini.
Sebagai contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90'an di Pahang. Majalah al-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh seluruh kedai tersebut dengan air tanah. Bayangkan bagaimana jika seseorang muslim membeli rumah pangsa atau kondominium dari seorang bukan islam ?, bagaimanakah dia ingin membasuhnya dengan air tanah , bayangkan lagi jika rumah tersebut di tingkat 30 ...pastinya pihak pengurusan kondominium tersebut akan mengamuk dan seluruh kondominium akan banjir!!
Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara - suara sumbang yang menyuruh saudara - saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya, doktrin babi ini mengatakan mereka tidak boleh makan di rumah kerana pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan babi, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan babi, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan babi, pendek kata jika seseorang itu masuk islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan islam ingin memeluk islam!
Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin babi ini ke negara majoriti bukan islam yang kuat makan babi seperti Jepun, Korea, Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan boleh duduk di kantin, mereka tidak boleh makan di kedai - kedai makan walaupun mereka tidak memakan babi, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan - rakan mereka yang bukan muslim dan akhirnya mereka hanya akan menjauhkan manusia - manusia lain dari islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata - mata merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah ?
Persoalan ini memerlukan jawapan segera terutamanya dari kalangan ustaz - ustaz generasi baru yang telah terdedah kepada pembelajaran "Fiqh Muqarin" dan berfikiran terbuka. Penyelesaian segera demi menyelamatkan umat islam di Malaysia dari terus dibebani dan disusahkan dengan doktrin babi ini.
…………………………………………………………………………………………………………..
aik, kata 2 artikel?hurmm sebab artikel yang kedua ni panjang sangat.kalau nak tahu dengan lebih detail, sila ke sini : http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Risalah4/Himpunan Risalah 4 Topik 4.htm
Apapun, ini baru dari satu segi. Belum sentuh hal-hal lain. Belum lagi topik-topik yang lebih memeningkan (atau mungkin sengaja dirumitkan..)
Yang lebih penting, sila rujuk kepada ahli yang pakar, ok? Ibaratnya, kalau sakit gigi, kenalah jumpa dentist, bukannya engineer. Dan kalau dah kita ni sememangnya jahil sebenar-sebenar jahil mengenai ilmu pergigian, maka terima jelah rawatan yang dicadangkan si dentist, ikut jelah kata dia.. Tapi, tak salah untuk meminta si dentist agar memberi penerangan mengenai sakit dan rawatan tu. Atau kalau kita ni terlebih rajin nak buat research sendiri pun ok jugak,cuma jangan lupa rujuk balik kat si dentist, takut-takut nanti info yang kita dapat tu entah dari mana, pemahaman kita salah, gigi kita bermasalah, kita jugak yang susah..
artikel ni pun, bukan untuk diterima bulat-bulat ye.sila rujuk kepada yang lebih arif..
A Path to Eudaimonia (Fulfilling Life)
1 year ago
6 comments:
wah!!panjang memang panjang~
alhamdulillah berjaya habiskan!!!
moga Allah membalas jasamu kerana berkongsi dua artikel bermanfaat ni...
tapi kan fks,saya yakin ramai yang konfius..
"mana nak ikut nih??"
"takkanla ramai sangat ustaz ustazah yg tak tau tentang perkara ni?"
sebab lazimnya,kita bertanya kepada ustaz ustazah yang kita kenal..dan almaklum saya rasa ramai ustaz ustazah yang lebih syadid dgn pendapat imam syafie..
hmm..macam mana ya?
oh ya,,sekadar cadangan,saya rasa fks perlu sertakan link webpage/blog yang fks rujuk dalam post ni untuk memudahkan pembaca merujuk semula~
plus,fks juga boleh highlight beberapa keywords atau ayat penting dengan warna lain untuk menarik minat mereka yang kurang rajin membaca seperti saya (^_^)
Bagi yg belum biasa dgn perbahasan khilaf antara ulama', artikel ni mungkin agak offensive. brlapang dada dlm khilaf & pandai2 dlm mempraktik ilmu..=)
Chinchilla,
pasal konfius tu,jawapan yg paling tepat yg sy dapat setakat ni, sebaik-baiknya peganglah kepada yang paling kita YAKIN untuk amalkan, BUKAN yang paling SENANG.sebab nabi SAW cakap, tinggal apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (hadis 11)
juga kepada yang tak buat kita resah, sebab nabi SAW ckp dosa tu yg meggelisahkan jiwa (hadis 27)
mungkin boleh persoalkan, cemane nak percaya rasa hati? rasanya, kalau hati tu mmg kisah pasal dosa pahala, halal haram, syurga neraka, insyaAllah ada rasa 'tak sedap' bila buat dosa
link?err sbenanye saya pon tak tau sebab 2 artikel di atas dah di'copy paste' ke microsoft word.tapi setelah di'search'..haaa ni yg kapten hafiz punya :
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Risalah4/Himpunan Risalah 4 Topik 4.htm
yang mazlee malik tu,tak jumpa lak website yg spesifik tapi byk gak blog yang post artikel tu, cuba search kalau tak caye heheh
highlight?saya pon taktau nak highlightkan yang mana,last2 letak je la..kalau orang nak tau,dia baca punye..lagi senang dari buku papa patho tu..apapon thanx atas ingatan =)
aimannasir,
sy pikir byk kali gak nak ke tanak post benda nih. Memang betul kalau tak biasa,agak offensive. So kpd yg tak biasa, biasa-biasakanlah..bukan apa,kesian bila ada yg jadik mangsa,macam anjing tu..
fks,
dan semua para contributors msocimu.blogspot.com
buka lah blog baru sendiri, nanti boleh letak artikel penuh kat situ. pastu link kan kat blog ni ikut cara [rockybru.com.my] (blog post ringkas, berserta link ke artikel penuh copy paste). sebab jenuh nak baca kalau artikel panjang sangat. malas pun ya, xde masa pun ya.hehe
kalau x nak buka blog baru, post kat asyifa' online tu pun ok.
sekadar cadangan
err..assyifa' online hidup lagi eh..?
blog sndri?hehehe lagi ler saya malas..
sy x plan nk letak mn2 artikel mcm ni pon lepas ni sbenanye.ni cuma satu2nya seumpamanya,cuma nak tujukan kpd mereka yg belum terdedah,supaya terfikir pasal ni dan at least tau benda2 khilaf ni wujud dan takde lah mudah melatah.cuma saya tertarik pasal anjing ngn bab1 so letak je laa pasal ni..kalau nk tau lagi,pndai2 la dorg tu carik sendri.kate IMU self-learning heheh
cadangan sgt berguna,mekasih~
dah diedit jadi pendek.maaf tak buat mcm ni awl2,takde pengalaman katekan..dah le buat bold tak jadi2,dah putus asa..
Post a Comment