Tuesday, January 19, 2010

~betulkah saya bersyukur?~

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.


Kali ni saya nak tulis pasal sikap saya (dan mungkin juga sikap anda =p) yang kita sendiri buat tapi lupa..
sikap mensyukuri nikmat ALLAH..


Ok, kita mmg selalu dikurniakan dgn segala macam nikmat DIA kan?

kita sedar tak?
"eh, mestilah sedaq..takkan la tak nampak.ni ha, kaki tgn mulut muka, bukan ni nikmat ALLAH ka?"


kita mensyukuri tak?
"eh, apa ni tanya soalan yg ada jawapan.mestilah mensyukuri..sgt2 mensyukuri.tak tergambar rasa syukur tu..lautan china selatan pun tak dpt melambangkan luasnya rasa syukurku pada ALLAH.."


macammana kita gunakan nikmat tu sbg tanda syukur?
"macammana?ermmmmmmmm......."


Ya, ini adalah dialog sebenar antara jasad dan hati saya..
kononnya mensyukuri tapi apa yg saya buat utk menzahirkan rasa syukur tu??
nikmat mata, digunakan utk lihat benda yg tak berfaedah..
nikmat mulut, digunakan utk bergosip..
nikmat kaki, digunakan utk ke tmpt yg melalaikan..
nikmat sihat, digunakan utk mensia-siakan masa lapang..
nikmat masa lapang, digunakan utk berfoya-foya..
nikmat lulus exam, digunakan dgn enjoy-enjoy la dulu sebelum masuk sem baru..
nikmat beribu bapa, digunakan utk menyakiti hati mereka..
nikmat ada sahabat, digunakan utk mengajak sahabat bersama-sama berlagha..
nikmat yg paling terbesar ni pulak bukan saja digunakan sikit-sikit tapi kadang-kadang langsung tak digunakan iaitu nikmat IMAN!


Percaya atau tidak, nikmat ni SEMUA hanya akan kita hargai dan benar-benar kita syukuri bila kita kehilangannya..
tak percaya??
tunggu la sampai nikmat tu HILANG!


Moga kita cepat sedar sebelum nikmat HILANG!

(^_^)

1 comments:

chinchilla said...

dialog sebenar antara hati dan jasad saya juga
sweat~
moga kita keluar daripada golongan yg tahu tapi ignore,
menjadi seorang yang tahu,punya kesedaran dan bertindak!!!

bangkitlah wahai diri~

Post a Comment

rate this blog (1-lowest, 4-highest)

Total Pageviews