Ada satu cerita menarik penuh pengajaran. jom baca :)
"Seorang lelaki tua tinggal di satu kawasan pedalaman yang sering dilanda banjir. Pada suatu hari, banjir melanda secara tetiba dan air naik dengan sangat laju. Jiran terdekat lelaki tua itu berlari ke rumah lelaki tersebut lalu menasihatinya agar berpindah cepat ke tempat yang selamat.tetapi dia berkata, 'Aku berdoa kepada Tuhan agar aku diselamatkan, maka aku akan diselamatkan oleh Allah sendiri....Saudara boleh pergi...'
Setelah sejam, paras air terus meningkat sehingga orang tua itu terpaksa naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri. Sekali lagi, seorang penyelamat datang dengan sebuah bot lalu memujuknya untuk naik dan berpindah ke tempat yang selamat. Namun, lelaki tersebut hanya melemparkan suatu senyuman lalu berkata jawapan yang sama.
Memandangkan paras air terus meningkat, maka mati la lelaki itu akibat kelemasan. Setelah mati, lelaki itu bertanya kepada Tuhan mengapa Dia tidak menyelamatkannya. Maka Dia menjawab dengan satu jawapan yang cukup ringkas, tetapi bukannya semua manusia pernah terfikir,
' AKU telah menghantar orang untuk memujukmu agar menyelamatkan dirimu, AKU telah tunjukkan jalan yang benar kepadamu dan AKU menberitahumu akibatnya melalui mulut-mulut utusan-utusanKU. Namun, pernahkah kau memikirkan bahawa AKU telah menghantarmu hikmah-hikmahKU?"
Lelaki itu sedari kesilapan dan kejahilannya, namun sudah terlewat.."
Kita? masih punya ruang, masih punya masa. Setiap masalah (baca: cabaran) yang dihadapi, biasanya ada diilhamkan jalan keluarnya. Cuma kita yang perlu 'bergerak'! Lakukan sesuatu. Perlu berkorban. Bukan hanya mengharap pada keajaiban semata-mata, tanpa usaha.
Islam..semestinya bukan untuk mereka yg hanya berangan-angan...

2 comments:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
Surah Al-Ankabut (29:69)
Sememangnya agama Islam itu satu manhaj yang unggul untuk manusia. Dan kita dituntut berusaha barulah Allah akan membantu kita. Gunakan peluang sebaik mungkin.
'Every challenge is an opportunity in disguise' -quoted-
subahanallah mendatangkan kesan...
Post a Comment