Thursday, July 14, 2011

Assalamualaikum wbt



'Chill' tak mamat nih?

"Maka apakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama."

Surah As-Sajdah (32:18)

1. Kita semua dilahirkan dalam keadaan fitrah. Namun, dek malam dan siang yang silih berganti, kita membesar dengan pengaruh yang ada di sekeliling kita lantas mungkin lari daripada fitrah.

2. Pun begitu, kita tidak boleh biarkan diri kita hanyut, tetapi mesti mengekalkan sifat fitrah dan suci kita. Hanya dalam keadaan suci kita boleh memasuki syurga Firdaus empunya Yang Maha Esa. Kaedahnya tidak lain hanyalah dengan kembali kepada Allah melalui jalan-Nya.

3. Kali ini, saya akan cuba kupas tentang bagaimana kepercayaan kita kepada janji Allah dan perkara ghaib yang diajar-Nya akan mendidik dan mentarbiyah kita menjadi seorang individu yang paling pelik dan ganjil di dunia.

4. Mungkin perkataan yang lebih sesuai ialah unik. Bukankah kita umat islam umat yang unik dan lain dari yang lain? Kali ini, keunikan yang dimaksudkan adalah tentang bagaimana kita mendepani sakit sebagai ujian daripada Allah.


5. Ya, dan ia tidak akan berjaya dimiliki sehinggalah kita niatkan dulu dalam hati bahawa kita percaya akan janji Allah dan keyakinan ini adalah satu bentuk iman kita kepada perkara ghaib.

6. Tentu pelik bagi orang yang tidak beriman bila mereka mendengar seorang yang beriman mengucapkan terima kasih dan alhamdulillah kepada Allah ketika ditimpa ujian ataupun ketika sakit. Secara logiknya, memang aneh pun bukan?

7. Seolah-olah meminta sakit dan bala? Mari saya bawa kita meneliti sudut pandangan yang berbeza.

8. Teliti dulu hadis ini:


Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah."

-Hadis Riwayat Bukhari-

9. Awak, tolong tutup sikit mulut tu, karang lalat masuk. Saya tahu, mungkin bunyinya agak menggerunkan. Seolah-olah lebih baik kita tak minta kebaikan, nanti kena musibah. Tidak hairan jika kita terpegun dan ternganga mulut. Tapi di sinilah menarik ceritanya sahabatku.

10. Sebelum saya menjelaskan dengan ayat saya sendiri, lebih elok kiranya saya padankan dulu dengan hadis di bawah, sebagai jawapan balas kepada hadis di atas:
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hinggakan duri yang mengenainya pun, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-


11. Sekarang faham ke belum? Beginilah Islam mengajar kita. Setiap kesusahan dan kesakitan yang kita alami, tidak sama dengan orang yang tidak beriman kepada Allah. Hal ini kerana Allah SWT 'membeli' sedikit kesihatan kita (yang memang milik-Nya pun) agar Dia yang amat menyayangi kita akan menghapuskan dosa-dosa kita sebagai balasannya.


12. Kalau tidak dihapuskan, ia akan berkumpul dan tempat yang selayaknya baginya hanyalah api neraka yang tidak ada seorang pun yang sanggup merasa, jika kita tahu betapa pedih dan azabnya. Sayang tak Allah pada kita?

Tenang-tenangkan diri dalam mencari hikmah hidup dan kebijaksanaan-Nya ;-)

13. Allah dengan jelas menerangkan kebijaksanaan-Nya yang mungkin tidak pernah kita ketahui atau fahami sepanjang hayat kita.


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah (2:216)

14. Saya pernah membaca satu komentar yang cukup meresap ke dalam hati. Komentar itu menyebut, untuk orang Mukmin, tatkala dia menghampiri saat-saat kematiannya, dan Allah memberinya sakit yang tenat, atau demam yang berat, hal itu adalah lebih baik untuknya, kerana sakit yang dideritainya itu adalah sebagai penghapus dosa, dan apabila tiada lagi dosa, dia mati dalam keadaan suci dan mulia.


15. Manakala, ada orang bukan Islam yang matinya langsung tidak ada sakit pada saat mautnya. Rupa-rupanya Allah ingin menunjukkan kekayaan-Nya yang tiada tolok banding kerana Dia Maha Adil. Bukankah orang bukan Islam juga pernah melakukan amal kebajikan sewaktu hidupnya? Mungkin menolong orang yang miskin atau merawat yang sakit? Maka, atas sifat belas dan adil Allah, dia permudahkan mati orang sebegini sebagai balasan amalnya di dunia. Jadi, pada hari akhirat, langsung tiada bekalan pahala untuk orang ini kerana sudah dibalas di dunia, maka tinggallah hanya dosa dan kehinaan padanya kerana tidak percaya kepada Allah sewaktu hidupnya.


16. Begitulah sedikit contoh akan bijaknya Allah SWT dalam mendidik hamba-Nya kita semua.

17. Ayuh kita renungi satu lagi hadis yang cukup istimewa pengajarannya:


Dari Abu Hurayrah RA, rasulullah SAW bersabda: "Cubaan itu akan selalu menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada diri anaknya, ataupun pada hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikit pun."

-Hadis Riwayat Tirmidzi-

18. Hari ini, ingatlah kita. Selagi mana kita beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kita akan terus menerus senyum dan tertawa walaupun ditimpa musibah dan ujian oleh-Nya. Orang yang beriman, dia menganggap semua itu sapaan lembut daripada Allah agar kita mengingati-Nya. Adakah orang yang tidak beriman mungkin mempunyai pemikiran yang sama? Sudah tentu tidak sama sekali.


19. Bayangkan kita menjadi orang yang tidak pernah sedih. Bila mendapat nikmat, kita bersyukur lalu ditambah lagi nikmat itu. Rujuk Surah Ibrahim (14:7). Bila ditimpa musibah pula, kita sabar dan senyum kerana kita faham itu mungkin teguran daripada Allah dan sapaan lembut-Nya untuk menghapuskan dosa kita. Dalam soal ini, adakah lagi sebab kita perlu bersedih dan mengeluh? Alangkah istimewanya bagi orang yang benar-benar beriman.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami beriman." dan mereka tidak diuji?"

Surah Al-Ankabut (29:2)

20. Marilah kita sama-sama bersangka baik terhadap Allah dalam apa jua keadaan dengan sifat sabar dan mendirikan solat dengan mengharapkan rahmat dan kasih sayang serta keampunan-Nya. Allah tidak akan menguji kita dengan apa yang tidak mampu kita lalui. Rujuk Surah Al-Baqarah (2:286). Jika mungkin terkadang terlalu berat untuk kita tempuhi satu-satu ujian itu, maka kita mintalah pertolongan daripada-Nya dengan senjata sabar dan juga doa (mendirikan solat) sujud merendah diri kepada-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh! Allah bersama-sama orang yang sabar."

Surah Al-Baqarah (2:153)

Ingatlah, hidup ini hanya satu perjalanan yang sementara, menuju destinasi kekal di sana ;-)
21. Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Sebagai penutup, ingin saya tekankan juga di sini bahawa kita perlu ingat walaupun Allah menguji kita dengan musibah dan ujian yang pelbagai, adalah selayaknya kita merendah diri mengakui bahawa setiap yang melanda kita adalah hasil kelemahan dan kesalahan diri kita sendiri. Itulah yang selayaknya. Siapalah kita untuk sentiasa sempurna.

  
"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."
Surah As-Syura (42:30)


22. Bersyukurlah kita kepada Allah dan yakinlah akan janji-janji-Nya. Moga-moga dengan semangat ini, kita akan sentiasa hidup bahagia sama ada ketika hidup di dunia mahupun pada hari akhirat kelak amin..


Nabi Ya'qub AS pernah melafazkan:


"Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku."
 
Surah Yusuf (12:86)
 
Wallahuaklam wassalamualaikum wbt

Oleh:
Hamba Allah (Ibnu Hanaffi)
amirulasyrafhanaffi.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

Doaku Untukmu~

Bismillahirrahmanirrahim~

Hai kawan-kawan! Saya suka cerita ni. Jadi saya nak share dengan kawan-kawan. Baca ye,jangan tak baca! =)

Once upon a time....

Ahmad dan Ali ialah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa.


"Apa doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doa kau?" Ali pula bertanya.

Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.

"Aku berdoa semoga isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."

"Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"InsyaAllah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual usai solat seperti kebiasannya.

"Bagaimana dengan anak kau?" tanya Ali.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaanya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap doa yang aku doakan mustajab. Tapi kau...." kata Ali.

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum.

Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku tidak lihat apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya."

The End

Nah, indahnya peribadi Ahmad kan? Mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya. Bagaimana pula dengan kita? Doa kita untuk sahabat-sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Sayangnya manusia selalu mementingkan diri, hatta dalam doanya kepada Allah.

Jadilah seperti Ahmad, juga seperti golongan Ansar yang Allah ceritakan kepada kita dalam surah Al-Hasyr,59, ayat 9 :

"Dan orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijadikan diripnya daripada kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung." 


SubhanAllah, jauh sekali nak dibandingkan dengan diri ini yang selalu berlengah-lengah tatkala ibu ayah minta bantuan, jarang bertanya khabar apatah lagi memikirkan keadaan sanak saudara, berkira-kira dengan sahabat-handai hatta dalam perkara yang remeh-temeh...

Ya Rabb,Kau jadikan kuatkan kami untuk mencontohi golongan Ansar~

(Artikel diambil daripada majalah Solusi, Isu No. 22, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan sedikit ulasan tambahan daripada cik chinchilla ;P)

Tuesday, October 19, 2010

A very special prayer


Assalamualaikum...
Maaf kerana terlalu lama menyepi.
Sekadar berkongsi satu artikel (terbaca di sini) yang sangat menyentuh hati saya, moga ia juga dapat menyentuh hati kalian, seterusnya dapat diamalkan secara istiqomah =)

A very special prayer, guess what?

Saya yakin kalian juga selalu mengamalkan doa ini, cuma mungkin kita terlupa untuk menghayatinya. 
Mungkin sahaja ada antara kita yang meninggalkannya begitu sahaja kerana hukum bacaannya hanya sunat, tak termasuk dalam rukun,
Naudzubillah, moga selepas membaca entry ini, kita tak lagi termasuk dalam golongan itu...
Sebab apa?

Simply because the du'a is very simple, yet it could be very special when you really mean it and we shouldn't just leave ourself to miss asking from Allah, very special requests that other people ask right? 

Tak lain dan tak bukan, doa yang lazimnya dilafazkan sebanyak 17 kali sehari semalam (sekurang-kurangnya), bacaan antara dua sujud...perasan tak bacaan tu doa? (oops,macam baru perasankan?)



Okay, mari kita mulakan...

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah,
Allahummaghfirli (Ya Allah, ampunilah aku).
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan daripada Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulanglah permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (dan belas kasihanilah aku).
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima belas kasihan Allah yang tak terhitung nilainya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak belas kasihan Allah yang kita terima. 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara yang serupa, satu persatu.

Warfa'nii (dan angkatlah darjatku).

Wajburnii (dan cukupkanlah segala kekuranganku),

Warzuqnii (dan berikanlah rezeki kepadaku),

Wahdinii (dan berikanlah aku petunjuk).

Wa'aafinii (dan sejahterakanlah aku),

Wa'fuannii (dan berikanlah kemaafan kepadaku).

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang selama ini hanya kita remehkan begitu sahaja.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a., maksudnya:
"Ya Allah! Ampunilah dosaku, dan belas kasihanilah aku, dan angkatlah darjatku, dan cukupkanlah segala kekuranganku, dan berikanlah rezeki kepadaku, dan berikanlah aku petunjuk, dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan kepadaku."
(Riwayat al-Tirmizi, no 284 dan Abu Daud, no 850, Al-Hakim dan Albani menganggapnya sahih dan dipersetujui oleh al-Zahabi)
*rujukan : Formula Solat Sempurna, Ust. Zaharyddin Abd. Rahman 

SubhanAllah, indah nian du'a yang Rasulullah ajarkan, bertambah significant apabila diselitkan dalam solat kita seharian...

Amacam? feeling kan? (^_^)


rate this blog (1-lowest, 4-highest)

Total Pageviews