Saturday, June 19, 2010

La Tahzan

sebuah video untuk dikongsi bersama :)

Wednesday, June 16, 2010

malaikat kecil...

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti!
Lama tak berkongsi di ruangan ni...
Kebetulan saya terbaca satu kisah menarik dalam blog seorang sahabat untuk dikongsi bersama.
Selamat membaca!
Moga kita sama-sama dapat mengaplikasikan apa-apa jua pengajaran yang dapat kita extract daripada cerpen di bawah~


and the story begins....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata, "Ayah, saya dah bersedia."

Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa?"

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku, bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?"

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"

Ayahnya menambah, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."

Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah."

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu," dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi."

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat." "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar."

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula di tempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi."


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu, tentunya roh saya akan berada selama-lamanya di dalam neraka."

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

The End~


Hmm...so, apa pendapat kalian?
Apa?
Saya?
Subhanallah, terlalu banyak pengajaran yang saya dapat daripada kisah si kecil ini! Peribadinya yang indah, semangatnya yang membara dan keikhlasannya dalam melaksanakan tugas da'wah benar-benar saya kagumi. Semoga kita mampu mencontohi dia~

Oh ya, sekadar cadangan untuk manfaat bersama, sahabat-sahabat sangat dialu-alukan untuk menaip pengajaran-pengajaran yang diperoleh dalam ruangan komen di bawah,

because people view in different perspectives;
hence it's best if we can share them with each other.
Am I not right? =)

Sunday, June 13, 2010

Love is Chenta


Assalamualaikum my dear brothers and sisters! Hope that our Iman is 'healthy' and in 'good shape' insyaAllah. Indeed, there is no success except in this deen

Familiar with the picture above?
Did you attend this superb talk?
Want to have the video recording of this sharing event?
Just go to the link below and have fun!
http://www.megaupload.com/?d=PR3JAAQD

*the talk was delivered in Malay.
*if the link somehow stops working, do inform the moderator of this blog ya! =)

Tuesday, June 8, 2010

Message to muslim sisters



My dear sisters in Islam, I welcome you all with the best of greetings: As Salamu Alikum Wa Rahmatullah Wa Barakatu.

Wallahi my dear sisters in Islam, we should not overlook this blessing that Allah (SWT) has granted us with, this blessing of Islam is and should be the most precious thing in our life. Yes, the most important, Islam should be dearer to you than your own parents, Islam should be dearer to you than your own husband, and Islam should be dearer to you than your own child as this religion will guide you. It will give you success in all aspects of life; it will give you the respect you're looking for, it will give you the honour you're looking for and more importantly it will give you the guidance you need so that you may attain the everlasting bliss from the hereafter. Remember o sisters, remember your role in society, do not be little in your job in society, you are the mothers who look after the family, you are the one who show love and respect to its members, you are the first of the teachers of this Ummah, you are the soothers and carers of the men of this ummah, the success of this ummah lays upon your shoulders o sisters of Islam. Remember khadija, the first wife of prophet Muhammad (SAW), she was one of the greatest women that ever lived. In the early stages of the prophet hood of our beloved prophet Muhammad (SAW), she protected him, she gave him finance, she cared for him, she comforted him and most importantly she believed in him. My dear sisters in Islam, as we look around in today's society, we notice that many sisters are being mislead, we notice that more and more sisters are living for this world and not for the hereafter, more and more sisters do not know who Allah (SWT) is, more and more sisters are leaving the prayers, more and more sisters are taking off the hijab and more and more sisters are being seen in nightclubs and pubs, dating men and having a good time. My dear sisters in Islam, we must wake up before it's too late, we must start changing and make Islam our priority in life, we must love Allah (SWT) than anything else in this world, we must stay focused on all this deception that is happening, we must remember the very reason of our existence as Allah (SWT) said in the Quran: I have not created the jinn nor mankind only, so that they worship Me, meaning Allah (SWT), my dear sisters in Islam, if you love diamonds and pearls, do not be deceived by this worldly treasures as the treasure in the hereafter is far greater, look at the sign of dead, as we speak someone dies and they will have eternal lives, will they live in the paradise and enjoys its bliss or will they suffer in the hellfire? And my final quote to you is: will you choose what is best for you or will you lose yourself in this life and in the hereafter.

Pictures at the end, taken from my Umrah, in Saudi Arabia

Lecturer: Sheikh Abu Ahmad

rate this blog (1-lowest, 4-highest)

Total Pageviews